Bab1

1.1 Definisi ilmu ekonomi

Sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menguruskan sumber ekonomi yang terhad bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad

1.1.1 Bidang Kajian Ekonomi

Mikroekonomi

Saru cabang ekonomi yang mengkaji perlakuan dan pilihan manusia dalam unit ekonomi yang kecil sahaja.

Makroekonomi

Makroekonomi menjalaskan tentang kagiatan ekonomi secara keseluruhan serta interaksi antara sektor isirumah, firma kerajaan dan negara asing dalam menuntukan tingkat pencapaian ekonomi.

MikroekonomiMakroekonomi
perlakuan dan pilihan manusia dalam unit ekonomi yang kecil sahaja.kagiatan ekonomi secara keseluruhan serta interaksi antara sektor isirumah, firma kerajaan dan negara asing

1.2 Sumber Ekonomi

· Tanah

-Sumber alam semula jadi, di permukaan atau dalam perut bumi

-Penawaran tetap dan kekal

-Tidak homogen

-Nilai bergantung pada kualiti dan lokasi

· Buruh

-Menyumbang tenaga fizikal dan mental

-Tidak memikirkan inovasi

-Tidak menangguang risiko

· Modal

-alatan fizikal Ciptaan manusia untuk tingkatkan pendapatan contoh mesin

-mudah dipindahkan

-penawaran tidak terhad

· Keusahawanan

-Kepakaran yang dimiliki oleh usahawan mengabungkan faktor-
ekor pengeluaran
(T,B,M) untuk hasilkan barang dan perkhidmatan

-Memikirkan inovasi

-Menanggung risiko

· Peranan Teknologi

-Teknologi merupakan pemangkin kepada proses pengeluaran

-kurangkan kos seunit pengeluaran

1.3 Pengkelasan Barang

Barang adalah benda-benda sama ada benda nampak atau tak nampak yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi keperluan mereka atau mengeluarkan benda yang akan memenuhi keperluan manusia

Sumber ekonomi

Tidak terhadTerhad
Barang percuma (udara, air hujan, cahaya matahari)Barang Awam (bomba, polis, rumah api)
Barang Ekon, barang modal, barang Perantaraan

Jenis Barang

  1. Barang Percuma
    • Penawarannya tidak terhad
    • Penggunaannya tidak perlu dibayar
    • Boleh didapati secara percuma
    • Ditawarkan oleh alam semulajadi
    • Tidak mempunyai kos lepas / harga
    • Contoh udara, cahaya matahari, air hujan, air sungai
  • Penawaran terhad
  • Disediakan oleh pihak firma swasta / kerajaan
  • mempunyai harga dan kos lepas
  • Seseorang perlu membayar untuk mendapatkannya
  • Contoh komputer, kereta, telefon bimbit

1.4 Kekurangan, Pilihan dan kos Lepas

konsep kekurangan

  1. Kekurangan - Kehendak manusia tidak terhad, tetapi sumber ekonomi terhad
  1. Timbul akibat daripada sumber ekonomi yang terhad berbanding kehendak manusia yang tidak terhad

konsep pilihan

  1. Timbul akibat daripada masalah kekurangan. Manusia terpaksa membuat pilihan

konsep kos lepas

  1. Timbul apabila manusia membuat pilihan. Kos lepas ialah pilihan kedua terbaik yang dilepaskan hasil daripada pilihan terbaik.

1.5 Permasalahan asas ekonomi

Apa

  1. masalah apa barang & perkhimatan yang hendak dikeluarkan
    • Wujud sebab faktor2p terhad tetapi kehendak tidak terhad
    • Pengeluar buat pilihan untuk menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan
    • Keluarkan barang yang perlu - kehendak - kepuasan
    • Bergantung kepada permintaan dan penawaran di pasaran
  1. Masalah berapa yang hendak dikeluarkan
    • Bergantung kepada jumlah permintaan masyarakat dalam pasaran
    • Jika permintaan tinggi, lebih banyak barang dikeluarkan
    • Keluarkan barang memenuhi - kehendak - kepuasan
    • Bergantung kepada jumlah faktor2pengeluaran yang diperuntukkan
  1. Bagaimana keluarkan barang dan perkhidmatan?
    • Merujuk kepada teknik / kaedah pengeluaran yang paling cekap
    • Pengeluar mengeluarkan barang pada kos yang paling minimun untuk memaksimumkan untung.
    • Samada Intensif modal atau intensif buruh
  1. Untuk Siapa barang dan perkhidmatan di keluarkan barang dan perkhidmatan?
    • Merujuk kepada pengagihan barang dan perkhidmatan kepada masyarakat.
    • Diselesaikan melalui corak pengagihan pendapatan dan kuasa beli pengguna
    • Keluarkan barang kepada golongan yang mampu membayar
    • Biasanya barang mahal diminta oleh golongan berpendapatan tinggi dan sebaliknya

1.6 Keluk kemungkinan Pengeluaran

maksud

KKP merupakan batas maksimum kombinasi 2 jenis barang yang dapat dikeluarkan oleh sebuah ekonomi dengan menggunakan semua faktor pengeluaran yang ada pada Tingkat teknologi tertentu

1.6.1 Andaian KKP

  1. Ekonomi Keluarkan 2 jenis barang
  1. Ekonomi telah capai guna tenaga penuh
  1. Faktor pengeluaran tetap dari segi kuantiti dan kualiti
  1. Tingkat teknologi tetap dan tidak berkembang

1.6.2 Bentuk keluk kemungkinan pengeluaran

  1. Berbentuk garis lurus (Kos lepas malar)
  1. Berbentuk cembung (Kos lepas meningkat)
  1. Formula Kos Lepas seunit barang X

    △ kuantiti Y


    △ kuantiti X

  1. Kos Lepas Malar
    • Kos lepas malar bermaksud untuk menambahkan satu unit sesuatu barang, ekonomi terpaksa

      mengurangkan kuantiti barang lain dengan jumlah yang sama pada setiap tingkat pengeluaran.
    • Misalnya, untuk menambahkan satu unit barang X, ekonomi akan mengurangkan kuantiti
      barang Y dengan jumlah yang sama pada setiap tingkat pengeluaran.
KombinasiBarang X (unit)Barang Y (unit)Kos lepas seunit barang X
A08
B16(6-8) ÷ (1-0) =- 2 = 2 unit barang Y
C24(4-6) ÷ (2-1) =- 2 = 2 unit barang Y
D32(2-4) ÷ (3-2) =- 2 = 2 unit barang Y

b. Kos Lepas Meningkat

KombinasiBarang X (unit)Barang Y (unit)Kos Lepas seunit barang X
A020
B118(18-20) ÷ (1-0) =- 2 = 2 unit barang Y
C214(14-18) ÷ (2-1) =- 4 = 4 unit barang Y
D38(8-14) ÷ (3-2) =- 6 = 6 unit barang Y
E40(0-8) ÷ (4-3) =- 8 = 8 unit barang Y

1.6.3 Hubungkait Keluk Kemungkinan Pengeluarandengan Masalah Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas, Guna Tenaga Penuh, Pengangguran danSumber Ekonomi Tidak Mencukupi

Tltik A, B, C, D, dan E

Titik A:

Titlk E

Titik F:

Titik G:


1.6.4 Kesan Perubahan Anugerah Sumber, Tekonologi dan Komposisi Barang Modal dan Barang Pengguna terhadap Kapasiti Pengeluaran, Keluk Kemungkinan Pengeluaran dan Pertumbuhan Ekonomi

Pertambahan sumber ekonomi/perkembangan teknologi pada kadar yang sama dalam pengeluaran barang X dan barang Y

  • Kapasiti pengeluaran meningkat.
  • Keluk kemungkinan pengeluaran beralih ke kanan secara selari dari AB ke A'B'
  • Pengeluaran barang X bertambah sama banyak dengan pengeluaran barang Y iaitu BB' = AA'
  • Pertumbuhan ekonomi meningkat.

Pengurangan/kepupusan anugerah sumber ekonomi/keusangan teknologi pada kadar yang sama dalam barang X dan barang Y

  • Kapasiti pengeluaran berkurang.
  • Keluk kemungkinan pengeluaran beralih ke kiri secara selari dari AB ke A'B'.
  • Pengeluaran barang X berkurang sama banyak dengan pengeluaran barang Y iaitu BB' = AA'.
  • Pertumbuhan ekonomi menurun.

Pertambahan sumber ekonomi/perkembangan teknologi dalam pengcluaran barang X sahaja

  • Kapasiti pengeluaran barang X meningkat.
  • Keluk kemungkinan pengeluaran barang X beralih ke kanan dari AB ke AB'.
  • Pengeluaran barang X bertambah sebanyak BB', barang Y tetap pada A.
  • Pertumbuhan ekonomi meningkat akibat pertambahan pengeluaran barang X.

Pertambahan sumber ekonomi/perkembangan teknologi dalam pengeluaran barang Y sahaja

  • Kapasiti pengeluaran barang Y meningkat.
  • Keluk kemungkinan pengeluaran barang Y beralih ke kanan dari AB ke A'B.
  • Pengeluaran barang Y bertambah sebanyak AA', barang X tetap pada B.
  • Pertumbuhan ekonomi meningkat akibat pertambahan pengeluaran barang Y.

Pertambahan sumber ekonomi/perkembangan teknologi lebih cepat dalam pengeluaran barang X berbanding dengan pengeluaran barang Y

  • Kapasiti pengeluaran barang X meningkat lebih banyak daripada barang Y.
  • Keluk kemungkinan pengeluaran beralih ke kanan dari AB ke A'B'.
  • Peralihan BB' lebih besar daripada AA'.
  • Pertumbuhan ekonomi meningkat akibat pertambahan pengeluaran barang X lebih besar daripada barang Y.

Pertambahan sumber ekonomi/perkembangan teknologi lebih cepat dalam pengeluaran barang Y berbanding dengan pengeluaran barang X

  • Kapasiti pengeluaran barang Y meningkat lebih banyak daripada barang X.
  • Keluk kemungkinan pengeluaran beralih ke kanan dari AB ke A'B'.
  • Peralihan AA' lebih besar daripada BB'.
  • Pertumbuhan ekonomi meningkat akibat pertambahan pengeluaran barang Y lebih besar daripada barang X.

1.7 Sistem ekonomi

  1. pasaran bebas kapitalis (cth. US)
  1. Perancangan Pusat Sosialis (cth. korea)
  1. Campuran (cth. Malaysia)
  1. Islam (cth. Arab)

Sistem Dibezakan Dengan Melalui

Sistem Ekonomi Pasaran Bebas (Kapitalis)

Sistem ekonomi perancangan pusat (sosialis)

Sistem Ekonomi Campuran

Sistem Ekonomi Islam

Sistem Ekonomi Di Malaysia

1.7.2 Sistem Ekonomi Pasaran Bebas dan Penyelesaian Permasalahan Asas Ekonomi