Bab 2 Pasaran Barang Dan Harga
Objektif:
1. Mentakrifkan permintaan infividu dan permintaan pasaran
- Menjelaskan hukum permintaan
- Menjelaskan sebab keluk bercerun negatif
Definisi permintaan
Permintaan ialah kesanggupan dan kemampuan pengguna untuk membeli suatu barang dan perkhidmatan pada harga tertentu dan jangka masa tertentu
- Definisi permintaan individu
- Permintaan ialah kesanggupan dan kemampuan seorang pengguna untuk membeli suatu barang dan perkhidmatan pada harga tertentu dan jangka masa tertentu
- Definisi permintaan pasaran
- Permintaan pasaran ialah kesanggupan dan semua pengguna untuk membeli suatu barang dan perkhidmatan pada harga tertentu dan jangka masa tertentu
Hukum Permintaan
- Apabila harga sesuatu barang naik, kuantiti diminta akan berkurangan
- Apabila harga sesuatu barang turun, kuantiti diminta akan berkurangan (salah)
- Hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah songsang atau negatif

(a) Apabila harga naik dari P1 ke P2, kuantiti diminta (Q1) turun dari Q1 ke Q2. Berlaku penguncupan permintaan.
(b) Apabila harga turun dari P1 ke P3, kuantiti diminta (Q1) naik dari Q1 ke Q3. Berlaku pengembangan permintaan.
(c) Keluk permintaan bercerun negatif, iaitu mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan kuantiti songsang atau negatif.
Sebab Keluk permintaan bercerun negatif
- Kesan penggantian
- Apabila harga sesuatu barang noik, kuantit diminto barang tersebut menurun
- Kerana pengguna telah mengurangkan penggunaan barang tersebut dan berdllh kepada barang pengganti yang secara relaif lebih murah -Barang penggantiialah barang yang mempunyol fungsi yang sama
- Seperti teh dengan kopi (fungsi sebagai minuman)

- Kesan pendapatan
- Perubahan harga barang akan menyebabkan kuasa beli pengguna berubah
- Apabila harga naik, kuasa beli pengguna akan berkurang
- ini kerana dengan jumlah pendapatan yang sama, kuantiti barang yang dapat dibeli berkurang
- Ini bermakna pengurangan pendapatan benar akibat kenaikan harga barang akan menyebabkan kuantiti diminta berkurang

- Hukum utiliti sut berkurangan
- Utiliti ialah kepuasan yang diperoleh oleh pengguna daripada penggunaan sesuatu barang
- Utiliti sut ialah tambahan kepuasan akibat tambahan satu unit barang yang digunakan
- Hukum utiliti sut berkurangan menyatakan bahawa tambahan kepuasan yang diperoleh oleh pengguna akan semakin berkurang apabila pengguna terus menerus menambahkan penggunaan satu unit barang
- Ini menyebabkan kesediaan pengguna untuk membayar semakin berkurang apabila semakin banyak barang itu digunakan
Jadual permintaan Bagi Barang X
| Harga (RM seunit) | Kuantiti Diaminta (unit) |
| 1 | 10 |
| 2 | 8 |
| 3 | 6 |
- Pada harga RM 1 seunit, 10 unit barang X
diminta.
- Apabila harga barang X naik kepada RM2 dan RM3 seunit, kuantiti diminta terhadap barang X berkurang kepada 8 unit dan 6 unit.
- Apabila harga barang X naik , kuantiti diminta terhadap barang X berkurang.
- Apabila harga barang X turun , kuantiti diminta terhadap barang X meningkat.
- Perubahan harga dan kuantiti diminta barang X dalam jadual menunjukkan hubungan
songsang /negatif antara kuantiti diminta.
Keluk permintaan (DD) bagi barang X

- Paksi X menunjukkan kuantiti (unit) dan paksi Y menujukkan harga (RM)
- Apabila harga barang X ialah RM1 seunit, kuantiti diminta terhadap barang X ialah 10 unit seperti di titik A
- Apabila harga barang X naik kepada RM4 dan RM5 seunit, kuantiti diminta terhadap barang X semakin menurun iaitu masing-masing menjadi 4 unit pada titik D dan 2 unit pada titik E
- Dengan menyambungkan titik-titik A,B,C, D dan E maka terbentuk keluk permintaan (DD) yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.
- Keadaan ini menunjukkan hubungan negatif atau songsang antara harga dengan kuantiti diminta
- P naik, Qdx menurun
- P turun, Qdx meningkat
Persamaan Permintaan
Qd = a - bP
Dengan
Qd = Kuantiti diminta terhadap barang X
P = Harga barang X
a = Pintasan pada paksi kuantiti (intercept), iaitu nilai Qd apabila P adalah sifar
b = (1/Kecerunan keluk permintaan) atau (b= (△Qd/△P) );p-

